KEREPEK MINA

THE SNACKS MAKE U HAPPY

misi & visi



Visi

Kami bercita-cita untuk menjadi syarikat Bumiputera yang berjaya dan terkemuka dalam pengeluaran kerepek, dengan kemampuan untuk menembusi pasaran antarabangsa. Kami berazam untuk menghasilkan 60 tan kerepek sebulan menggunakan mesin berteknologi tinggi.





Misi

Untuk mencapai visi tersebut, misi utama syarikat kami adalah:
  1. Mengadakan lebih banyak promosi mengenai produk dan jenama syarikat kami, sama ada secara dalam talian atau luar talian, untuk meningkatkan kesedaran dan minat pengguna.

2. Menggalakkan petani di sekitar kawasan pemprosesan untuk lebih aktif dan meluaskan penanaman yang sedia ada, agar tanah yang terbiar dapat dimanfaatkan. Ini juga akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk masyarakat sekitar.

  3. Memberi insentif dan latihan kepada pekerja kami, sama ada di dalam atau di luar premis, untuk meningkatkan kemahiran dan produktiviti mereka.

4. Menjadikan premis kami sebagai pusat borong tempatan untuk produk industri kecil dan sederhana (IKS). Ini akan memudahkan ejen dan pelanggan untuk mendapatkan produk kami, sama ada di dalam atau di luar Sabah.

   5. Menjadikan premis kami sebagai pusat pengumpulan usahawan untuk menimba ilmu mengenai pemasaran dan aspek lain yang berkaitan dengan dunia perniagaan.